Thursday, 9 June 2011

kekasih hati ♥

Di sini saya ingin mencurahkan isi hati 
dan
mengenang kembali memori kita berdua .
awak, masih kah awak ingat tarikh perkenalan kita ?
tak ! takpa , sini saya ingatkan awak semula .

Tanggal 30 Mei 2008, saya mula berkenalan dengan awak .
saya yg kacau awk dulu , wah ! gatalny saya :)
kita mesej punya mesej, awak bawak kapel .
saya main setuju je, entahlaa ,
maybe saya nak merasa apa itu cinta kot .

08 Jun 2008 kita bergelar kekasih ,
awak tahu betapa bahagiany saya d samping awak ,
awak first love saya ,
saya betol2 jatuh cinta kat awak .
saya setia, sangaat sangaat setia kat awak .
dan saya serahkan sepenuh hati nhe kat awak sorang je .

Awak tahu ? ramai yg tak sukaa awak ,
mereka cakap awak jahat dan suruh saya berhati-hati ,
tapi saya degil, x dengar cakap mereka
sebab saya percayakan awak .

Tiba detik 14 Januari 2009, awak musnahkan hati saya ,
awak tak kasihankan saya ?
awak tinggalkan saya dgn alasan yg langsung saya tak boleh terima ,
saya merayu kat awak jangan pergi dari hidup saya , 
tapi awak degil dan tetap dengan keputusan awak .
awak kejam ! awak bunuh saya sedikit demi sedikit .

Saya sedih, sangaat sedih ,
tapi saya perlu akur dengan semua nhe ,
saya cuba lupakan awak , cuba untuk membenci awak ,
org sekeliling masih sibuk mengata awak jahat , 
tapi saya tak peduli semua tue , 
saya tak nak tahu sedikit pun pasal awak ,
saya nekad tak nak ingat kat awak lagi ,
tapi , saya tak dapat , saya tak dapat lakukanny ,
kenapa awak sanggup buat saya macam nhe ?

Sorang demi sorang lelaki hadir dalam hidup saya ,
datang membawa ayat yang berbunga2 dan mulut lebih manis dari gula ,
tapi , saya tak termakan dgn semua tue ,
malah , saya mula belajar menjadi 'pemain cinta'
bukan kerana saya benci awak atau benci lelaki ,
tapi , saya kecewa dgn cinta dan
sungguh saya tak percaya apa itu cinta .
dan saya tak sanggup nak memberi hati nhe utk terus dilukai oleh 
insan yg bernama lelaki .

Tanpa awak , saya masih dapat meneruskan hidup,
dan
saya mulai sedar apa itu erti kehidupan yang sebenar .
byk ragam, byk makhluk Allah yg tlah saya temui ,
tapi tak seorang pun yg berjaya menawan dan merawat hati nhe .

Awak yg telah menyinari hati nhe ,
tapi , awak juga lah yg telah membuat hati nhe bernanah ,
namun , hati ini tak pernah membenci awak,
malah masih mengharapkan awak kembali ,
tapi , saya tahu itu mustahil .
saya hanya dapat mendoakan yang tebaik utk awak 
supaya awak mendapat gadis yang lebih baik, cantik dan sempurna.

Awak, sudah setahun ++ awak tinggalkan saya,
jauh di lubuk hati, saya masih menantikan kedatangan awk .
bodohny saya ! tapi , tak pa ,
saya yakin kalau ada jodoh antara kita ,
hati ini pasti bersatu .

Akhirnya, 31 Mei 2010 awak kembali semula ,
wah , saya amat amat terkejut .
tak sangka , awak masih ingin menghubungi saya ,
dan paling saya terkejut awak kembali bukan sekadar utk bertnya khabar ,
tapi , untuk merawat hati yang masih terluka .

Semalaman saya texting dgn awak ,
hanya utk mencari kepastian bahawa awak benar2 menginginkan saya kembali .
aneh ! saya hanya mengambl masa berjam2 utk mnerima cinta awak 
setelah bertahun2 hati ini dilukai .

Bodoh kah saya ? 
betulkah tindakan saya nhe, awak ?
murahny hati nhe , menerima awak kembali dgn senang .
semuany bermain di minda ,
tapi , semuany saya tolak ke tepi 
kerana saya percaya pada gerak hati saya .
tak salah kan saya ingin mencuba nasib sekali lagi ?

Pada mulany, kehidupan memang cerah tetapi tiba2 sahaja ia bertukar kelam .
Ya Allah , adakah saya telah membuat kesilapan lagi ?
saya benci awak !
awak sakitkan hati saya lagi ,
awak menyebabkan saya mengeluarkan kata2 yg kesat .

Tapi ini hanya sementara ,
rupa2 nya awak sengaja ingin menduga hati ini .
dan awak mula sedar perubahan diri ini ,
awak menyesal kerana telah membuat saya berubah sejauh ini .
awak sedih ? saya lagi sedih .

Sejak itu , kita mula membina kehidupan yang baru .
memegang janji bahawa tidak akan meninggalkan 1 sama lain lagi .
hati yg terluka mula dibalut dan dirawat 
sedikit demi sedikit .

Cinta yg lama terkubur mula berputik semula ,
dan kini hubungan ini sudah berusia
1 tahun 1 minggu 2 hari .
kami brjaya menjagany sebaik mungkin ,
walaupun byk dugaan yg mendatang .

Buat kekasih hati !
awak tahu yg saya syg sangaat kat awak .
dan kita sama2 bharap agar hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat .
awak , sekiranya sesuatu yg tak diingini berlaku ,
kita sama2 lah redha dgn apa yg terjadi .
saya tahu awak kata saya nyawa awak .
tapi , saya mahu awak ingat satu perkara .
jodoh dan takdir di tangan Allah .
bukan niat di hati ingin pergi jauh dari awak .
tidak sama sekali ! 
tapi , hanya sekadar ingin mengingatkan awak .
bahawa awak harus kekal menjadi good boy spt sekarang .
demi saya , awak pasti boleh kan ?
jgn pernah berubah lagi sayaang . 
awak paham maksud saya kan . 

Terima kasih atas semua yg telah awak curahkan ,
awak yg telah ceriakan hari saya ,
bersama awak saya sedih, gembira, ketawa , menangis 
dan segala2 ny kita sentiasa bersama .
saya bahagia bersama awak .
NEY SAYANG & CINTA AN BIE BUAT SELAMANYA !

: hasil nukilan , fauziah :')





No comments:

Post a Comment